Tuesday, August 2, 2011

What you see is what you get



Manusia itu pelbagai, punya citarasa yang pebagai, punya prinsip yang pelbagai, malah punya laras pandang yang pelbagai. Melihat perkataan yang tertulis diatas pastinya setiap orang mempunyai laras pandang yang berbeza. Mungkin sesetengah memandang kepada 'FALL' sedang ada juga sesetengahnya memandang kepada 'ATTACK', ada juga yang memandang secara sinis, secara penuh empati, secara humor malah ada juga yang memandang secara kritis-kritikal; yang memandang secara keseluruhan, yakni dari segi tersurat dan tersiratnya.

What you see is what you get....

Begitulah juga rencamnya hidup ini, segalanya di tafsir dengan laras pandang yang berbeza-beza. Dan, jangan lupa, cara pandang kita itulah yang akhirnya memandu hati kita dalam bereaksi dan bertindak. Cara pandang itulah juga yang mengadun emosi dan rasa kita

Hujan. Kamu nampak 'basah' atau kamu nampak 'indah'?

Matahari. Kamu nampak 'panas' atau kamu nampak 'terang'?

Masalah. Kamu nampak 'gangguan' atau kamu nampak 'cabaran'?

Ujian. Kamu nampak 'sakit' atau kamu nampak 'manis'?

Dugaan. Kamu nampak 'masalah' atau 'peluang'?

Apa-apa yang baik mendatangi kita, kamu nampak 'ganjaran' atau kamu nampak 'ujian'?

Apa-apa yang buruk mendatangi kita, kamu nampak 'bebanan' atau kamu nampak 'batu loncatan'?

Dan begitulah, akhirnya bagaimana laras pandang mempengaruhi hati dan pemikiran kita, dan seterusnya pemikiran pula mempengaruhi tubuh badan kita. Makanya, laras pandang positif akan menghasil kan mental dan fizikal yang positif, dan laras pandang negatif akan menghasilkan yang sebaliknya.

What you see is what you get....

Orang barat bilang sebagai LAW OF ATTRACTION. Sedang, bagi saya, ini konsep akidah dan tauhid. Di mana akidah mendidik kita untuk yakin sepenuh yakin dengan Allah, bahawasanya Allah itu begitu penuh dengan ketertinggian dzat-dzatNYA, asma ul husnaNYA, dan atas keyakinan itulah, akhirnya kita memandang segala yang datang dariNYA adalah indah-indah belaka, baik-baik [positif] semuanya. Dan akhirnya, sudut pandang yang positif ini akan menarik perkara-perkara yang positif juga datang kepada kita.

"Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu didalam hatinya maka Aku mengingati dia didalam hatiKU, dan jika dian mengingatiKu dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari". {Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain}


Kita fikir A, maka kita akan dapat A........dan sebaliknya. Dan hadith ini sebenarnya menerangkan perihal LAW OF ATTRACTION, jauh lebih awal dari penemuan barat..

Untuk gambar itu, saya suka memandangnya sebagai keseluruhan Ya, memang seseorang JATUH, tetapi dia jatuh itu kerana dia KUAT... sebab dia cukup kuat la Allah mengizinkan dia di uji,,Kan Allah tak kan bebani kita dengan sesuatu yang kita tak mampu dan yang kita tak kuat untuk hadapinya? Jadi, dia cukup KUAT untuk menghadapinya, dengan syarat, dia harus benar2 meletakkan sepenuh kebergantungan kepada DIA yang MAHA kuasa. Harus ingat, Kuatnya kita sebenarnya atas iradat dan izinNYA jua, maka teruslah menyempurnakan kehambaan, merayu dan mem0hon dariNYA. Kerna kita KUAT kerana DIA :)

What you see is what you get....

Yup, this wouldnt be easy, but trust me, it would be worth it, sampai satu masa kita akan terasa manisnya walau hati di tikam sedalam mana pun, rasa indah yang tiada tandingnya,, percayalah!

What you see is what you get....okies, let sing t0gether by hijjaz!


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

No comments:

Post a Comment