Sunday, March 18, 2012

80 sebab Manusia masuk Neraka

Assalamualaikum wbt,
kembali sekali lagi setelah sekian lama menyepi. Maaf kerana saya disibukkan dengan pelbagai tugas atas jalan mujahadah ini. Namun Alhamdulillah kerana saya masih lagi diizinkan dengan kekuatan untuk bersama-sama sekali lagi. 

Baru-baru ini saya baru sahaja selesai menjalankan satu Kem Tahfiz Al Quran dan Kem Qiamullail dan Alhamdulillah kerana ianya berjaya mewujudkan watak bagi para remaja yang menyertainya pada kali ini. Mereka merasai manisnya Iman dan ibadah itu. seronok bertunang dengan Al Quran dan bercinta dengan Tasbih, serta berkahwin dengan solat. Semuanya milik Allah, Allah jua yang mampu melakukan segalanya, saya cuma penyebab kepada perkara yang berlaku. 

Baiklah kali ini ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian mengenai 80 sebab Manusia masuk ke dalam Neraka Allah.

Sebaik-baik tempat kembalinya Manusia adalah Syurga. Manakala Seburuk-buruk tempat kembalinya Manusia adalah Neraka. Kedua-duanya merupakan teratak kediaman manusia yang kekal abadi. Dalam menyusuri arus kehidupan yang penuh dengan rintangan dan onak duri, manusia sering alpa dan terkesima dengan panorama indahnya Syurga Dunia dan akhirnya terjerumus lalu terperangkap dalam pujuk rayu syaitan yang menjurus pada kerosakan dan kebinasaan.

Setiap perlakuan dan amalan kita sentiasa dihitung dan dinilai. lantaran itu, ada diantara perbuatan-perbuatan tersebut yang mampu menjerumuskan kita ke dalam Neraka. Setiap langkah yang dihayun, setiap pandangan yang terpaku, dan setiap anggota yang berperanan, harus sentiasa diawasi pergerakannya. Adakah ia menuju ke jalan bahagia atau sedang mara ke jalan durjana.

Semoga kita semua dilindungi serta berazam untuk terus meniti arus kehidupan dengan mengamalkan Ajaran Agama yang suci menlengkapi diri dengan amalan ahli sunnah wal jamaah dan berjanji tidak akan tersesat hingga tergolong menjadi ahli Neraka. Ya Allah bantulah kami hambaMu yang sangat lemah ini.......

Manusia yang melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan

Allah swt telah berfirman :
   " Maka sekiranya kamu berkuasa, adakah kamuakan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? mereka itulah orang -orang yang dikutuk oleh Allah swt dan ditulikanNya telinga mereka dan dibutakanNya penglihatan mereka."
(Surah Muhammad:22 - 23)

Antara sebesar-besar jalan berlakunya kerosakan di bumi secara terang-terangan ialah dengan melakukan dosa-dosa besar dan segala kekejian tanpa malu-malu terhadap Allah swt.
Firman Allah :
   " Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) kekejian itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka seksaan yang pedih di dunia dan akhirat, dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidaklah mengetahui. "
(surah An-Nuur:19)

                                                     -bersambung-
 

Tuesday, December 27, 2011

ASSALAMUALAIKUM !!!

SELAMAT BERTEMU KEMBALI !!!
GEGARAN SEMARAK AL QURAN SEMAKIN DIRASAI...
AYUH CEPAT BERSAMA KAMI....
PELBAGAI PROGRAM KAMI PAPARKAN KEPADA ANDA.

1. KELAS TAHFIZ AL QURAN (NAZIRAH)
 PAKEJ A
ISNIN - SELASA (3.00 PTG - 6.00 PTG)
PAKEJ B
KHAMIS - JUMAAT (3.00 - 6.00 PTG)
PAKEJ C
ISNIN - JUMAAT (3.00 PTG - 6.00 PTG)

2. KELAS CELIK AL QURAN
ISNIN - JUMAAT (7.00 PTG - 9.00 MLM)

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :

USTAZ ZAIMI = 016-9683805
USTAZ SULAIMAN = 017-5530432
USTAZ ABDULLAH ZUBAIR = 013-6969557

ALAMAT :
NO 11, JALAN MH 26,
TAMAN MUZAFFAR HEIGHT, AYER KEROH,
75450, MELAKA.

DAFTAR SEGERA !!!! TEMPAT ADALAH TERHAD !!!!

Saturday, December 10, 2011

GERHANA MATAHARI / BULAN

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ)  bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ  ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.
 
Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
 
 
Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
 

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

 
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
 
Dalilnya :
 
عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”
 
 
Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian
 
i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.
 
ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :
 
i.                    Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii.       Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
*        Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.
 
Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
 
i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
 
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
 
  
ii.      Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
 
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
 
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
 
 
i.  Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
 
ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi  tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
 
Kaifiatnya adalah seperti berikut:
 
Berdasarkan hadis :
 
عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً  ثُمَّ  رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ  رَأْسُهُُ فَقَالَ  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى  ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً  ثُمَّ فَعَلَ ِفي  الرَّكْعَةِ  الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ  ثُمَّ سَلَّمَ  وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ  النَّاسِ فَقَالَ ِ في  كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ  إِنَّهُمَا  آيَتَانِ  مِنْ  آياَتِ اللهِ  َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

 
Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’  ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
 

                                                                                     
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
 
 
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
 
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
 
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti berikut :
 
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4.       Membaca surah al-Fatihah.
 
 
 
5.       Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.

b.   Rakaat kedua.

1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah       
          atau mana-mana surah.
5.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.
 
*        Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
*        Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
*        Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
 
Khutbah Solat Gerhana :
 
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
 
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
 
 
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
 
i.        Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii.       Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii.      Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai,  jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv.      Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )
 
Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.
 
Contoh :
i.        Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii.       Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii.      Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.
 
 
Matla’ Badrain.
Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1,  terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
Dr. Abdul Karim Zaidan,  Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.

Friday, December 9, 2011


REBUT PELUANG KEEMASAN INI !!!

ADAKAH ANDA :-

1) IBU YANG MENCARI FORMULA BERKESAN MENDIDIK ANAK AGAR BIJAK BERFIKIR DALAM PELBAGAI SUDUT KEHIDUPAN ? 

2)  AYAH YANG MASIH TERCARI-CARI FORMULA BERKESAN MEMBINA KECEMERLANGAN SERTA JATI DIRI ANAK-ANAK ?

3) PARA PELAJAR YANG MASIH MENCARI-CARI FORMULA BELAJAR BERKESAN SEHINGGA MAMPU MENJADI MAGNET 'A' DALAM SETIAP PEPERIKSAAN ?

KAMI ADA JALAN PENYELESAIANNYA....

AYUH JANGAN BERLENGAH LAGI !!!

IKUTI SEMINAR DIDIK ANAK JADI GENIUS
MENURUT KAEDAH DAN PANDANGAN ISLAM !!!

(MEMBONGKAR MISTERI KEJURUTERAAN OTAK MANUSIA)
MELAHIRKAN GENERASI PINTAR DARI SUDUT KEISLAMAN.....

BERSAMA 3 IKON MOTIVASI DARI 3 NEGERI...
BERGABUNG TENAGA, MENCIPTA ATOM 'MIND POWER' 2011...
SAKSIKAN KEMUNCULAN MEREKA......

DAFTAR SEGERA UNTUK TEMPAT DUDUK ANDA.
TEMPAT DUDUK ADALAH TERHAD !!!!

SILA BUAT  TEMPAHAN SEKARANG DENGAN :-

HUBUNGI : 016-9683805

ATAU............... 


TAIP :
SAG<JARAK>NAMA ANDA<JARAK>NO K/P
HANTAR KE : 016-9683805...

CEPAT...JANGAN TERLAMBAT... !!!

KITA JUMPA DI SANAAAA.......!!!!!!! 

Tuesday, September 27, 2011

Kem Tahfiz Cuti Sekolah Bulan November....
Tempat adalah terhad....
Rebutlah peluang untuk anda sekarang...
Terbuka kepada semua yang berumur 8 hingga 18 tahun...
banyak manfaat yang tidak ternilai bakal didedahkan....
sertai kami sekarang........!!!!!!

Saturday, August 13, 2011

Hadis Palsu Kelebihan Tarawih....(RENUNGKAN)...




Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah sehingga ke hari ini kita masih lagi diberi kekuatan dan peluang oleh Allah s.w.t untuk melaksanakan ibadah puasa. Semoga Allah terus memberi kita peluang dan kekuatan yang berpanjangan dalam menjalani ibadah Puasa pada musim Ramadhan kali ini...Ayuh kita bersama rebut peluang keemasan ini bersama.

Pada kali ini, saya ingin membicarakan mengenai sebuah hadis palsu yang sangat panjang karangannya iaitu hadis Kelebihan Solat Sunat Tarawikh. Hadis ini dikatakan disampaikan oleh Ali Bin Abi Talib. Beliau ada menyebut tentang ganjaran pada setiap malam bagi sesiapa yang menunaikan Solat Sunat Tarawikh. Antara kandungan Hadis Palsu tersebut adalah:

1. Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Malam Kedua
Diampuni dosa kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
.

3. Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Ibn Qayyim Al-Jauziyah dalam kitabnya Al-Manar Al Munif menyenaraikan beberapa kriteria untuk mengenali hadis palsu tanpa melihat dan menyemak kepada sanadnya (kajian terhadap susur galur penyampai hadis). antaranya, kriteria tersebut ialah satu hadis itu menyebut tentang kelebihan dan ganjaran yang terlalu banyak apabila melakukan kebaikan kecil serta dosa dan hukuman yang terlalu berat untuk kesalahan kecil dan ianya tidak pernah disebut oleh Rasulullah. Dalam ilmu hadis, ia disebut sebagai Al-Mujazafat.

Para sarjana hadis menyatakan bahawa hadis yang menyebut kelebihan solat tarawih pada setiap malam ini mempunyai kriteria tersebut. sebagai contoh pada malam tujuh belas, ganjarannya adalah Allah akan mengurniakan orang yang sembahyang tarawih pada malam tersebut dengan pahala sekalian nabi. Ibn Al-Qayyim berkata, "Seolah-olah pendusta yang jahat ini (pembuat hadis palsu ini) tidak mengetahui jika individu selain daripada nabi bersembahyang dengan umur Nabi Nuh sahaja, tidak akan ada seorang nabi pun yang dapat menandinginya".

Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya Kaifa Nata'mul Ma'a Al Sunnah Al Nabawiyah menjelaskan terdapat 3 neraca yang perlu dipegang oleh setiap muslim supaya dia terselamat daripada penyelewengan dan tafsiran secara jahil tentang hadis. 3 neraca tersebut ialah:

  1. Memastikan kesahihan hadis berdasarkan timbangan ilmiah oleh para sarjana hadis.
  2. Memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud hadis.
  3. Memastikan hadis itu tidak bercanggah dengan nas atau dalil yang lebih kuat daripadanya iaitu Al Quran dan Hadis lain yang lebih kuat kedudukannya. 
Kembali kepada hadis popular tentang kelebihan setiap malam solat tarawih ini, ternyata ianya gagal melepasi neraca pertama iaitu tidak thabit atau bukan berada sama ada di peringkat sahih ataupun hasan.

Hadis ini berkemungkinan direka oleh puak Syiah untuk menonjolkan kedudukan dan ketinggian Ali Bin Abi Talib yang didakwa oleh imam-imam Syiah, beliau banyak menerima hadis khusus yang tidak pernah diterima serta disampaikan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadis ini juga mungkin bertujuan untuk memikat golongan awam yang tidak mengetahui sumber pelbagai kisah dan cerita. ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif ketika zaman Ahmad Bin Hanbal.

Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawuf yang menyeleweng dengan tujuan membangkitkan keghairahan orang awam supaya giat beribadat tanpa ilmu. inilah penjelasan yang diberikan oleh Syeikh Mustafa Al-Siba'ie dalam kitabnya Al-Sunnah wamakanuta fi Al-Tashri' Al-Islami.

Oleh yang demikian perlu diingatkan, beribadahlah kita dengan penuh keikhlasan dan sudah pasti Allah s.w.t tidak pernah mensia-siakan apa jua yang kita lakukan di dunia ini sepanjang hidup kita. Segala perbuatan baik walau sebesar zarah sekalipun pasti akan Allah balas di akhirat kelak, dan segala perbuatan buruk walau sebesar zarah sekalipun pasti akan Allah s.w.t balas sama ada di dunia ataupun akhirat.

Wallahu a'lam..
Syukran dan jumpa lagi....