Bingkisan Motivasi

Resah Seorang Hamba
Perjumpaan singkat dengan seorang retua di hospital ketika melawat seorang rakan, membuat kan hati begitu ingin mencoretkan sesuatu untuk dikongsi bersama... Ingin kubisikkan resah seorang ayah. Resah kita bersama. Resah warisan lama. Berkesinambungan sejak zaman silam. Imbauan kisah Yaa’qub dan Yusuf Alahaihisalam. Harapan suci seorang ayah memang selalu teruji. Bayangkan bertapa terkejutnya Yaa’qub menerima khabar kematian Yusuf. Namun, jauh di dalam hatinya tidak pernah gementar. Dia yakin Yusuf tetap dipelihara Allah walaupun di tangannya baju berdarah.

Ah, siapakah tidak tergugah bila berpisah? Dan menangislah Yaa’qub menanggung resah seorang ayah. Matanya menjadi buta… tetapi hatinya terus bercahaya. “Yusufku, Yusufku… demi Ilahi dia pasti kembali.” Lalu terjadilah tribulasi demi tribulasi. Tragedi demi tragedi. Terjual menjadi hamba, terfitnah oleh wanita, terasing dipenjara…

Akhirnya Yusuf ternama. Mimpinya mencatur ekonomi. Siasahnya menyelamatkan negara. Akhirnya Yusuf pulang ke Yaa’qub. Pertemuan kedua itu sudah termaktub.

Sudah beberapa dekad pula kita genggam anugerah itu. Kita cuba perkukuhkan amanah ini hari demi hari. Adakalanya kita tegak berdiri dengan ampuh. Tetapi ada masanya kita terjatuh. Kita dilanggar dan dirempuh.

Taufan kehidupan ini tidak sudi simpati. Dengan sepercik iman, sekelumit keyakinan, kita harungi jua badai penderitaan. Sesungguhnya titipan Tuhan ini bukan khayalan. Walaupun perjalanan peristiwa kekadang sepantas igauan.

masih beberkas bicara retua itu katanya "Ah, rasanya baru semalam, pak cik panggil anak. Tapi hari ini, sudah bergelar ayah. Dulu, pak cik dibelai dan dimanja. Namun kini pak cik adalah “retua” yang telah dipagut usia. Ah, sedar-sedar sudah putih rambut di kepala. Sudah berkedut garis di muka. Usia sudah diambang senja… mentari hidup kian redup. Sudah hampir ke episod penutup."

Aku diam diam membisu, tersenyum paksa, kerana aku tahu, aku jugak bakal begitu. sambung retua itu "Walaupun sekali-sekali terasa gian berkejar-kejaran di tepian denai. Atau berenang-renang di sungai. Tapi siapakah mampu memutar jarum waktu. Yang berlalu, terus berlalu… terlalu laju. Yang tinggal hanya turisan kenangan, yang kekal sebagai ingatan. Ah, musim bermain hujan telah berlalu. Kini musim… bermandi ujian." Ya kini musim bermandi ujian... aku sedang lalui segala apa yang diperkatakan oleh retua itu...

Retua itu terus berjeda "Masih pak cik ingat detik kelahiran mereka "anak2nya". Seorang demi seorang. Bersama isteri di sisi, pak cik nikmati tangisan pertamanya. Lalu pak cik azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri. Pak cik ukirkan kalimah tauhid di kanvas hatinya yang suci. Itulah bekal utama, jati dirinya yang pertama. Dan maktub sudah janji insan di sisi Tuhan. Anak, kau hamba Allah dan khalifahNya. Dan aku adalah ayahmu, pemegang amanah safarmu yang fana."

Airmata mula menitik, Ah, kenapa begitu tersentuh, sungguh aku jugak seorang anak, Lalu bermulalah kembara anak di alam dunia. Kembara ini terasa panjang bagi mereka yang alpa, lalu masa terbuang sia-sia. Kembara ini terasa begitu pendek bagi mereka yang cerdik, masa akan terisi dengan baik. dimanakah aku seorang anak, terasa panjang atau pendek? bertanya pada diri, merobos dalam hati...

Anak da kawin? erk. soalan apakah ini wahai retua, aku cuma menggelengkan kepala, dia seakan tahu hati aku juga seresah hatinya. Masih terngiang isikan nasihat dari retua itu, anakku NURUL AIN... andai ditakdikkan Allah anak memiliki cahaya mata, Kenalkan dahulu anak kepada Tuhan. Katakan Tuhan itu Ada, Esa, Agung dan Perkasa. Lihat awan dan bulan… itu semua Tuhan jadikan. Nun, di sana burung dan ikan… Tuhan yang memberinya makan. Kalau di satu ketika anak bertanya, “ibu kenapa jerebu begini?” Katakan, “Tuhan ingatkan kita supaya menghargai nikmat mentari.”

Walaupun masih di tahap fikrah terendah, anak mesti diajar mentauhidkan Allah. Kuasa hafalannya, terokailah. Kecepatan menirunya, eksploitasilah. Semuanya menuju satu. Segala terjurus lurus. Awaluddin Makrifatullah – awal agama mengenal Allah.

Lepaskanlah anak ke persada buana. Jangan dikurung, nanti mereka pemurung. Biar mereka hirup udara kebebasan dan kemerdekaan. Namun awasi langkah dan teliti tingkahnya. Bekalkan ilmu buat mereka menyuluh. Agar mereka tahu menilai pahala. Arif mengenal dosa. Selalulah berdamping dengannya. Dengarkan luahan katanya yang tersurat. Fahamilah isyarat dalamannya yang tersirat.

Kekadang mereka malu hendak menjelaskan, kitalah yang patut dahulu mentafsirkan. Adakalanya mereka bertanya dalam bercerita. Pandai-pandailah kita menjawabnya dalam selamba. Istiqamahkan didikan, berilah pimpinan. Sesungguhnya tugas ini sulit sekali, justeru kitapun selalu tersasar. Sering juga kita melakukan yang mungkar. Namun itu bukan alasan untuk menyerah kalah. Jadilah seorang ibu serang ayah… yang selalu bermujahadah.

Ah, esok anak-anak kita pula akan menjadi ayah. Bagaimana ya? Aduuh… resah lagi. Semoga kita terus memiliki hati seresah Ya’aqub. Agar anak-anak menjadi setabah Yusuf . Dan semuga kisah itu akan tetap agung, terus bersambung… kisah resah seorang ayah. Pesan kepada anak kita… sayangilah keluarga kerana di sana ada sumur cinta yang setia sampai bila-bila!

"Nurul tolong tengokkan along, azni nak turun sekejap" tersedar dari lamunan perbualan antara aku dan retua khayalan... Allah...


Bebelan Lu'lu
Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Pada hal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Namun begitu sukar untuk mendapatnya!

Paling teruji apabila ada orang lain yang mengikut lorong salah… lalu dia cepat sampai, sedangkan kita di lorong yang betul masih lelah menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa, yang benar pastinya teruji melihat kegembiraan itu. Dan hampir-hampir ia melepaskan kebenaran itu semula hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria.

Acapkali duri berselindung di sebalik bunga… lalu kita yang tercium keharumannya alpa akan tusukan bisa di sebaliknya. Huluran tangan yang ikhlas dan lembut kekadang dikilas dalam diam dan dendam. Sering juga baldu yang lembut dan halus dihamparkan tetapi di bawahnya ada belati tajam yang sedia terhunus.

Namun inilah hakikat, tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Justeru, di sana ada akhirat supaya segala topeng kepura-puraan yang selama ini bertahta akan terhenyak dan mendapat pembalasan.

Namun, jika itu yang kita ingatkan kepada yang lain, pasti ada yang mengatakan bahawa itu hanya ‘escapisme’ . Bila kecewa dengan manusia, orang ‘lari’ kepada Tuhan, bila tidak dapat meraih dunia orang mula merindui akhirat, bila terlepas kenikmatan nafsu baru ada yang merintih syurga itu ada!

Bukan, tidak begitu. Keyakinan kepada Allah dan Hari akhirat itu adalah tunjang, teras dan pegangan semasa kita hidup di dunia. Jangan terperangkap oleh ‘etheis’ dalam diri yang mendakwa bahawa manusia itulah yang ‘mencipta’ Tuhan demi ketenangan.

Selalu kita diperingatkan bahawa selesaikanlah urusan kita dengan Allah, barulah Allah akan membantu kita menyelesaikan urusan kita dengan manusia. Dan siapa yang memburu akhirat, dunia akan melutut di kakinya!

Kita tidak selalu benar dalam pendirian dan tindakan… kita hanya manusia. Walaupun sungguh hati kita ingin mengikut jalan Allah, tetapi kerana kealpaan dan kejahilan kita tersasar jua. Kita ingin tenang, tetapi oleh kerana ketipisan iman dan zikir, pendirian kita goyah jua. Ada rasa marah, ada rasa resah… tetapi semua itu adalah ‘bayaran tol’ di lebuh raya mujahadah.

Ya Allah, ampunkanlah kami. Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.

Ya Allah, cuma satu… cuma satu… janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik Mu!

Ya Allah, kami sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah kami untuk menjadi orang yang jujur dan benar… walau apa jua keadaan dan cabarannya! Amin.




Aku ingin menjadi sekuat dan setegar Si Helang,
mendiam dan menguasai lazuardi angkasa,
walaupun aku mungkin sekadar Si Puyuh,
Yang dataran tanah sahaja tempat selayaknya bg ku~




Monolog


Sedangkan Nabi Adam di halau keluar syurga dek kerana SATU dosa,
bagaimana pula diri ini yang tiada terjumlah bilangan dosanya ini..

merenungi diri,
menerobos dalam hati,
Ah! mampukah iman memenangi,
pertempuran dengan nafsu yang merajai diri ini!~

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya, Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.
( Al Fajr : 27-30 )


Bebelan Lulu:
pergi,pergilah syarril waswaa sil Khonnaas~





Aku, Angin & Hujan

Aku sukakan angin,
Saat angin datang menghembus kencang,
Maka aku akan berhenti berjalan,
Membiarkan badan membatu senyap,
Memberikan kulit dan liang roma merasai akan hembusan yang datang dari Tuhan,

Pejam mata,
Kepala di dongak,
Rasa, rasailah,
Tuhan sedang berbicara denganmu,

Senyum,
Senyum, senyumlah,
Tuhan sedang memeluk dan menyelesakan diri dan hatimu
Sungguh, aku terasa sedang di peluk!
Sayup-sayup ada suara,
Usah gusar, kau tidak sendiri, AKU sentiasa di sisi,

Senyum semakin lebar!

Aku juga sukakan hujan,
Saat hujan berlumba turun ke bumi,
Maka aku akan berjalan riang,
Membiarkan telapak tangan terbuka,
Turun naik tiap jemari menghayati tiap rentak hujan yang mendarat di telapak,
Aku akan terus berjalan bersama wajah kekasih yang rindu,

Buka tangan,
Rasa, rasailah,
Tuhan sedang berbicara dengan melodiNYA yang tersendiri

lalalalala~!

Ketawa kecil,
Ketawa, ketawalah,
Tuhan sedang memujukmu dengan kesegaran dan kesejukan hujan,
Seolah-olah menukil pesan kepadaku,

" Dunia memang 'panas' sayang,
Salah langkah,
kamu akan 'panas' di sini dan juga di sana,
Hujan sejuk datang,
membawa perkhabaran,
bahawa Aku dengan penuh kasih dan cinta,
masih setia menunggu manusia lupa diri yang ingin kembali,
Aku menunggu bersama kesegaran air sungai di jannah,
dan, peluang itu masih ada untuk kamu,
ayuh! "

Rintik hujan, hembus angin, bukan sekadar satu metafora alam,
Keindahannya harus di nikmati dengan hati yang celik,
Kehalusannya harus di nilai dengan jiwa seorang hamba,
Kerna,
Bagiku, rintik hujan, hembus angin,
benar-benar datang terus dari Illahi..
datang terus.

P/s:

1) Subhanallah.
2) Alhamdulillah.
3) Allahu akbar.
4) Ulang no 1 -3 sebanyak yang anda mampu. Alhamdulillah, sudah si Penjaga mencatat amal kita yang sekadar melentur lidah dan mereflek hati.
5) Terima kasih. Sama-sama lumba up trafik. saham pahala.

indah bukan menjadi muslim?
Setiap hari jatuh cinta kepada DIA!

^__^

sayang kalian selalu!






Kisah Pensel & Pemadam

PENCIL
I’m sorry (Saya mohon maaf)

ERASER
For what? You didn’t do anything wrong. (Untuk apa? Kamu tidak buat salah apa-apa.)

PENCIL
I’m sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you’re always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
(Saya mohon maaf kerana kamu kesakitan disebabkan oleh saya. Setiap kali saya melakukan kesalahan, kamu selalu ada untuk memadamkannya. Tapi setiap kali kamu menghilangkan kesalahan saya, maka kamu kehilangan sebahagian daripada diri kamu sendiri. Kamu menjadi semakin kecil dan semakin kecil setiap masa.)

ERASER
That’s true. But I don’t really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I’ll be gone and you’ll replace me with a new one, I’m actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.
(Betul tu. Tapi saya tidak kisah. Kamu lihat, saya memang dicipta untuk melakukan hal ini. Saya dibuat untuk membantu kamu ketika kamu melakukan sesuatu yang salah. Walaupun satu hari, saya tahu saya akan pergi dan kamu akan menggantikan saya dengan yang baru, saya sebenarnya gembira dengan kerja saya. Jadi tolonglah, berhenti bimbang. Saya tidak suka melihat kamu sedih.)

LESSON: Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They’re always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way, they get hurt, and become smaller / older, and eventually pass on. Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad….However our parents are getting smaller and smaller each day…One day, all that we would be left with will be eraser shavings and memories of what we used to have.
(PENGAJARAN: Ibu Bapa adalah seperti pemadam sedangkan anak-anak mereka adalah pensil. Mereka selalu ada untuk anak-anak mereka, membersihkan kesalahan mereka. Kadang-kadang dalam pada itu, mereka terluka, dan menjadi lebih kecil / lebih tua, dan akhirnya berlalu pergi. Walaupun anak-anak mereka akhirnya akan bertemu dengan seseorang yang baru (pasangan), tetapi ibu bapa tetap gembira dengan apa yang mereka lakukan untuk anak-anak mereka, dan akan sentiasa benci melihat anak-anak kesayangan mereka merasa bimbang, atau sedih … Namun ibu bapa kita semakin kecil dan lebih kecil setiap hari … Suatu hari, semua yang kita akan tinggalkan nanti akan menjadi parutan pemadam dan kenangan dari apa yang kita biasa ada.)

Allah, Most Wise admonishes us: “Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honour. And, out of kindness, lower to them the wing of humility, and say: My Lord! Bestow on them thy Mercy even as they cherished me in childhood.” (Quran-17:23)
(“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Quran 17:23-24])

p/s: Bertuahlah kepada anda yang masih mempunyai “dia” atau “mereka”.-Lu'lu ilmaknun-