Soal Jawab

Sila gunakan borang soalan di bawah untuk bertanya soalan:
*INSYAALLAH SAYA AKAN CUBA MENJAWAB SOALAN DENGAN IZINNYA.






Nama:




Soalan:




Alamat Email:




No.Telefon (Bimbit) :




Alamat Surat -menyurat :







Create a web form here







*Contoh Soal & Jawab

Soalan :
Assalamualaikum, Saya Siti 'bukan nama sebenar', berumur 26 tahun, saya bekas pelajar di salah sebuah universiti awam dimalaysia beberapa tahun yg lepas, takdir menentukan saya dibuang universiti pada semester kedua kerana resault saya tidak mncapai tahap yg dikehendaki. dalam masa yg sama saya ada buat business, acapkali saya gagal, saya bagun dan gagal lagi. Masalah saya sekarang, saya seolah2 menyalahkan takdir atas apa yg berlaku pada diri.

Jawab :
Memang sukar menerima apabila sesuatu perancangan yang dirasakan terbaik tidak Berjaya sepenuhnya. Sakit dihati. Malu dengan orang kerana gagal membuktikan kebolehan diri. Pada peringkat peribadi, sering berlaku kesedihan, kemurungan dan kemarahan kerana harapan tidak menjadi kenyataan. Hubungan kasih yang terasa indah akhirnya putus di tengah jalan. Firman Allah dalam surah at-Taubah:51 yang bermaksud:

“ Katakanlah ( Muhammad): “ Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang beriman harus bertawakkal”.

Tambah Imam al-Ghazali r.h.m:

“ manusia tidak dicipta dengan senda gurau atau sembarangan, tetapi dengan seindah-indah dan untuk tujuan yang agung.”

Siti, suka saya mengajak awak, "Menari bersama takdir" bermakna menerima seadanya apa yang berlaku kepada diri sendiri dan menyusun tindakan terbaik menghadapinya
.
Bergelut bersama takdir bermakna mempersoalkan takdir dengan minda, melayan rasa tidak puas hati dan marah serta mempersalahkan pihak lain sehingga pada suatu tahap mempersalahkan Allah sama ada sedar atau tidak. Ia umpama menyumpah seranah alunan muzik bila diri tidak pandai menari mengikut rentak.
Andai ditakdirkan miskin harta setelah bersungguh-sungguh berusaha mengumpul kekayaan, maka susunlah hidup mengikut bajet yang bersesuaian dengan rasa kesabaran. Menarilah bersama muzik kemiskinan. Siapa tahu, akan sampai masa yang ditentukan Allah akan mengubah alunan muzik kemiskinan menjadi muzik kekayaan.


Segala peristiwa lahiriah yang berlaku telah ditentukan oleh Allah al-Bari’, Yang Maha Merancang, mengadakan sesuatu daripada tiada. Perancangan al-Bari’ mengambil kira semua aspek. Maha Suci Allah daripada terlepas pandang sesuatu pun dalam perancanganNya.
Andai perancangan dan implimentasi hasilnya tidak seperti dijangka, itu bermakna Allah al-Bari’ ada perancangan-Nya yang lebih agung untuk hambaNya. Teruskan tarian bersama takdir. Tidak akan mampu hamba selemah kita bergelut dengan al-Qadir, maka alangkah bijak memilih untuk menari mengikut tempo takdir.


Allah menyusun muzik takdir dengan segala sifat keagunganNya teradun dalam limpahan kasih sayang yang tiada had. Para malaikat sentiasa membantu atas perintah Allah. Olneh itu siti mari menari bersama takdir agar perjalanan hidup di bumi menuju syurga terasa indah, harmoni, ceria dan menghiburkan. Jangan penah berputus asa, teruskan usaha, biar seribu kali gagal, pasti ada kejayaan menanti. Allah tidak pernah zalim pada hambaNya.. Allah sagaaaaaaat baik.