Saturday, August 13, 2011

Hadis Palsu Kelebihan Tarawih....(RENUNGKAN)...




Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah sehingga ke hari ini kita masih lagi diberi kekuatan dan peluang oleh Allah s.w.t untuk melaksanakan ibadah puasa. Semoga Allah terus memberi kita peluang dan kekuatan yang berpanjangan dalam menjalani ibadah Puasa pada musim Ramadhan kali ini...Ayuh kita bersama rebut peluang keemasan ini bersama.

Pada kali ini, saya ingin membicarakan mengenai sebuah hadis palsu yang sangat panjang karangannya iaitu hadis Kelebihan Solat Sunat Tarawikh. Hadis ini dikatakan disampaikan oleh Ali Bin Abi Talib. Beliau ada menyebut tentang ganjaran pada setiap malam bagi sesiapa yang menunaikan Solat Sunat Tarawikh. Antara kandungan Hadis Palsu tersebut adalah:

1. Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Malam Kedua
Diampuni dosa kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
.

3. Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Ibn Qayyim Al-Jauziyah dalam kitabnya Al-Manar Al Munif menyenaraikan beberapa kriteria untuk mengenali hadis palsu tanpa melihat dan menyemak kepada sanadnya (kajian terhadap susur galur penyampai hadis). antaranya, kriteria tersebut ialah satu hadis itu menyebut tentang kelebihan dan ganjaran yang terlalu banyak apabila melakukan kebaikan kecil serta dosa dan hukuman yang terlalu berat untuk kesalahan kecil dan ianya tidak pernah disebut oleh Rasulullah. Dalam ilmu hadis, ia disebut sebagai Al-Mujazafat.

Para sarjana hadis menyatakan bahawa hadis yang menyebut kelebihan solat tarawih pada setiap malam ini mempunyai kriteria tersebut. sebagai contoh pada malam tujuh belas, ganjarannya adalah Allah akan mengurniakan orang yang sembahyang tarawih pada malam tersebut dengan pahala sekalian nabi. Ibn Al-Qayyim berkata, "Seolah-olah pendusta yang jahat ini (pembuat hadis palsu ini) tidak mengetahui jika individu selain daripada nabi bersembahyang dengan umur Nabi Nuh sahaja, tidak akan ada seorang nabi pun yang dapat menandinginya".

Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya Kaifa Nata'mul Ma'a Al Sunnah Al Nabawiyah menjelaskan terdapat 3 neraca yang perlu dipegang oleh setiap muslim supaya dia terselamat daripada penyelewengan dan tafsiran secara jahil tentang hadis. 3 neraca tersebut ialah:

  1. Memastikan kesahihan hadis berdasarkan timbangan ilmiah oleh para sarjana hadis.
  2. Memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud hadis.
  3. Memastikan hadis itu tidak bercanggah dengan nas atau dalil yang lebih kuat daripadanya iaitu Al Quran dan Hadis lain yang lebih kuat kedudukannya. 
Kembali kepada hadis popular tentang kelebihan setiap malam solat tarawih ini, ternyata ianya gagal melepasi neraca pertama iaitu tidak thabit atau bukan berada sama ada di peringkat sahih ataupun hasan.

Hadis ini berkemungkinan direka oleh puak Syiah untuk menonjolkan kedudukan dan ketinggian Ali Bin Abi Talib yang didakwa oleh imam-imam Syiah, beliau banyak menerima hadis khusus yang tidak pernah diterima serta disampaikan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadis ini juga mungkin bertujuan untuk memikat golongan awam yang tidak mengetahui sumber pelbagai kisah dan cerita. ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif ketika zaman Ahmad Bin Hanbal.

Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawuf yang menyeleweng dengan tujuan membangkitkan keghairahan orang awam supaya giat beribadat tanpa ilmu. inilah penjelasan yang diberikan oleh Syeikh Mustafa Al-Siba'ie dalam kitabnya Al-Sunnah wamakanuta fi Al-Tashri' Al-Islami.

Oleh yang demikian perlu diingatkan, beribadahlah kita dengan penuh keikhlasan dan sudah pasti Allah s.w.t tidak pernah mensia-siakan apa jua yang kita lakukan di dunia ini sepanjang hidup kita. Segala perbuatan baik walau sebesar zarah sekalipun pasti akan Allah balas di akhirat kelak, dan segala perbuatan buruk walau sebesar zarah sekalipun pasti akan Allah s.w.t balas sama ada di dunia ataupun akhirat.

Wallahu a'lam..
Syukran dan jumpa lagi....





Thursday, August 11, 2011

لو كان بيننا الحبيب "Indahnya jika Rasulallah SAW bersama kita"



Saat disusun bait bait tinta ini…dalam hati ini dialunkan selawat buat kekasih Allah yang amat mencintai ummatnya…saat jemari ini laju tertaip jiwa ini benar-benar merinduimu ya Rasulullah…saat satu per satu susunan kata yang tidak seberapa ini ditebarkan sayap penuh ingatan buatmu ya Rasulullah…
Saat fasa kedua dibulan ramadhan menjengah, hati ini terlalu bimbang jika rindu ini tidak mekar lagi setelah Ramadhan berlalu... Saat Video ini ditatap, hati terdetik indahnya bila kau masih bersama kami ya Rasulullah...


Warkah cinta seorang ummat pada Kekasih Allah…
Darahmu pernah mengalir
Dari basahan rambutmu hingga ke sepatu
Kerikil-kerikil itu menghujanimu
Anak-anak kecil jua turut membencimu
Sedangkan hatimu penuh limpah sarat jiwa
Kisah kasih yang tiada terhingga..
Di thaif itu….
Jibril alunkan kata..gunung itu bakal menghempap mereka
Pantas kau Rasulullah menahan
Jangan dihempap gunung itu pada mereka
Kelak di situ bakal lahir pendokong agama Allah…


Ya Rasulullah…kau hidup dalam setiap jiwa ummat mu..hidup dalam setiap nafas ummatmu…terlalu hampir kau dalam hati seorang hamba yang meletakkan kecintaannya pada Allah dan rasul melebihi kecintaan dunia…

Pada ketika gua itu menjadi saksi
Lelapmu atas ribaan abu bakar sahabat amat dicintaimu
Sedangkan musuh terus dan terus mencarimu
Dan kau lena dalam dodoian ketaqwaan
Kesakitan abu bakar semampu daya ditahan
Bimbang tidurmu yang seketika itu terjaga
Hebat benar kecintaan sahabat itu padamu ya Rasulullah
Setiap apa yang kau kata-katakan
Dialah yang akan membenarkan
Sahabat yang sentiasa mendamaikan jiwa
Hatta hidupmu…jua saat wafatnya dikau ya Rasulullah


Wahai kekasih allah..yang telah menumpahkan rasa kasih sayang pada ummatnya…ummati..ummati…ummati…bergema panggilan itu…saat dunia bakal kehilangan satu penyinar kegelapan…

Akhlakmu indah tiada yang terlebih indah
Budimu santun bahasa
Bila suaramu bernada….
Hati yang keras terasa cairnya…
Lihatlah al-farouq….bermati-matian menentangmu satu tika dulu
Tapi dialah sahabat yang menangisi pemergianmu
Sesiapa yang menyatakan rasulullah wafat aku pancung kepala
Mujur as-siddiq mendamaikan rasa…
Kelembutanmu mentarbiyah jiwa yang keras
Dididik dengan sebaris senyumanmu
Kau lah rasul yang penuh cinta dalam diri


Kami ummatmu merinduimu..tidak terbayang saat kini andai bertemu denganmu wahai kekasih Allah..hanya linangan air mata kami biarkan moga-moga sampai salam yang penuh kerinduan kami ini padamu….Ya Allah….biarlah air mata ini berbicara sepenuhnya….bimbang rindu ini tidak mekar…takut-takut rindu ini tidak menguntum rasa….biarlah air mata ini selajunya dialir…agar kami kuat penyambung rantai-rantai perjuangan kekasihmu…biarlah air mata ini terhenti dengan sendiri…bersama rasa syukur seorang hamba dan ummat..bersama rasa cinta yang membara…

Wednesday, August 10, 2011

Rinduku padamu


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.

Pagi itu juga, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

” Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.”

Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasullullah akan meninggalkan kita semua.”

Keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

.
Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.

Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut.

.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemua ndi dunia. Dialah malaikat maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibrail tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

.
“Jibrail, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? “Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.

.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibrail. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” tanya Jibril lagi.

.
“Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahaiRasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibrail.

.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

.
“Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibrail memalingkan muka.

.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibrail?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. ” Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

.
Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

.
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii,ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”.

.
Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.




- Rinduku padamu ya Rasulullah, Kekasih Allah insan Mulia, Di Ramadhan ke 10 ini, Tatkala mendengarkan kisahmu dimana-mana, Rinduku makin menekan, Inginku ziarahimu, Namun belum sampai waktu barakah itu

- Muhammad ya Rasulullah, Rinduku padamu, bertangkai dijiwa Setiap waktu, Ku cuba amalkan sunnahmu, Agar kecintaanku padamu terus memekar, Moga nanti saat kita bertemu, Kau akan tersenyum memandangku

- Muhammad Habibullah, Aku ingin berterima kasih padamu, Kau telah mengangkat darjat teman-teman muslimahku yang lain, Engkau tidak pernah lupa, Mengingatkan semua ummat, Agar menjaga dan memuliakan wanita, Hingga saat wasiat terakhirmu, Kami masih dalam ingatanmu

- Rinduku padamu ya Rasululluah, Hingga tidak henti jatuh airmata ini, Mengenang nasib diri saat pertemuan nanti, Apakah kau akan mengenaliku, Sebagai umatmu ya Rasulullah, Ku mohon pada-Nya moga amalanku,Akan mendekatkan aku denganmu wahai kekasih Allah

- Rinduku padamu ya Rasulullah, Saat menyelak lembaran sirahmu, Betapa kecintaanmu pada ummatmu, Hingga engkau tidak rela meninggalkan kami, Tanpa jaminan dari Rabb, Bahawa kami akan turut bersamamu, Di syurga kelak
Allahurabbi…

- Betapa kau mencintai kami, Hingga di hari akhirat, Saat dirimu sudah lulus ke syurga, Namun kau masih menanti kelibat kami ummatmu, Ya Rasulullah, sayang kau kepada kami, Hingga bila ditanya oleh puteri kesayanganmu, Dimana bisa dia bertemu denganmu di akhirat kelak.. Lalu kau menjawab “Carilah aku di telaga aku akan memberi minum kepada ummatku”
Allahuakbar! Terlalu dalam kecintaanmu Kepada kami ya Rasulullah

- Terima kasih ya Rasulullah, Rinduku padamu ya Rasulullah, Moga bisa terubat kala saat itu tiba, Moga Rahmat Allah akan mengizinkan , Sebuah pertemuan cinta, Cinta tulus seorang Rasul untuk ummatnya, InsyaAllah…

- Rinduku padamu ya Rasulullah, Moga terus subur dan rimbun, Mengharapkan buahnya ialah pertemuan disyurga.. Dalam Rahmat dan Redha-Nya..


Sunday, August 7, 2011

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Qur'an



Al-Qur'an adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Qur'an dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Qur'an kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Qur'an adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri dan bukan diciptakan manusia)

Tip yang nak dikongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Qur'an. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Qur'an.


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Al-Qur'an dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.

Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

p/s:
Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Saturday, August 6, 2011

Muhasabah Ramadhan - Misi Memburu 'pahala'


“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” demikian yang sering kita doakan sebelum ketibaan bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurniaNya, kita dipanjangkan usia sehingga bertemu lagi dengan bulan Ramadhan tatkala ramai dalam kalangan sahabat-sahabat dan kaum keluarga yang telah pergi terlebih awal dijemput oleh Nya.

Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Kini sudah seminggu kita berpuasa. Ini bermakna kita masih pada fasa pertama Ramadhan iaitu fasa "Rahmat" dan akan meninggalkan kita beberapa hari lagi. Sepuluh hari yang awal ini, kita mendambakan rahmah, belas kasihan daripada Allah SWT. Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah SWT terbuka luas menunggu kepulangan hamba-hamba-Nya.

Pada penghujung fasa pertama ini semoleknya kita menilai semula pencapaian kita dalam melayani bulan yang amat istimewa anugerahNya ini. Untuk itu, kita boleh mengambil iktibar dari sebuah kisah yang dinukilkan oleh Sheikh Said Hawa mengenai Al-Hasan bin Abul Hasan al-Bishri. Bahawa beliau ini pada suatu ketika di bulan Ramadhan berjalan melalui satu kelompok manusia yang sedang tertawa sambil bersenda gurau, kemudian al-Hasan berkata:

“Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadhan sebagai bahan ujian yang tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumba-lumba, atau dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan kepada Allah SWT. Kemudian ada golongan yang dapat mendahului golongan lain, merekalah orang-orang yang beruntung dan berjaya. Sedang golongan lain ada yang tertinggal di belakang dan mereka itulah orang-orang yang menyesal dan merasa mendapat kerugian yang besar. Oleh sebab itu adalah hairan sehairan-hairannya ketika saya melihat ada orang yang tertawa, bermain-main pada hari seperti sekarang ini dalam bulan Ramadhan, padahal di saat ini adalah hari sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya, sedangkan ada sebahagian manusia lainnya yang merasa rugi dan menyesal. Yang berbahagia ialah orang-orang yang mendahului kawan-kawannya untuk mentaati Zat Yang Maha Pencipta, dan yang rugi ialah orang yang hanya gemar melakukan kebatilan dan pekerjaan sia-sia.”

Setelah melalui tempoh fasa pertama Ramadahan, eloklah kita berhenti sejenak, menilai prestasi kita dalam hari2 yang telah berlalu. Antara soalan yang boleh kita tanyakan diri kita ialah:

1. Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya kehadiran bulan Ramadhan yang penuh berkat ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat? Sebelum beramal pastikah kita telah membaca dan memahami amalan yang akan dilakukan itu?

2. Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita? Semasa beramal adakah amalan dapat dilaksanakan sesempurna mungkin? Adakah kita saling pesan memesan?

3. Sudahkan kita memastikan seluruh keluarga kita sama-sama menikmati keberkatan Ramadhan ini?

4. Sudahkah kita mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap harii? Jika standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah melebihi tujuh juzuk.

5. Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan? Bagaimana Qiamullail kita ?

6. Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan berazam untuk meneruskannya hungga ke hujung Ramadhan?

7. Sejauh manakah Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas?

8. Setakat mana kita sudah memanfaatkan ilmu, masa, umur, dan harta benda yang dikurniakan oleh Allah SWT ini ke jalanNYA?

9. Besyukurlah (lakukan sujud syukur) jika kita dapat melaksanakan amalan sasaran kita dengan baik dan beristighfarlah jika tidak dapat melaksanakan amalan tersebut.

Senarai semak ini bukan dilakukan untuk menghitung pahala tetapi sekadar peringatan dan mempermudah kita untuk muhasabah dan menghitung diri sejauh mana amalan-amalan yang kita laksanakan sepanjang Ramadhan ini. Lakukan amalan-amalan dengan penuh keikhlasan dan keinsafan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Cuba kita hisab kembali apakah hasil yang kita dapati sepanjang fasa pertama yang bakal berlalu. Layakkah untuk kita mendapatkan janji Allah untuk fasa pertama iaitu rahmat kasih sayang-Nya. Bagi mereka yang alpa dan masih lagi tidak menyedari bahawa Ramadhan telah pun menghampiri pertengahannya, marilah sama-sama kita merebut peluang yang masih bersisa ini agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa sesudah berlalunya Ramadhan. Anggaplah Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita kerana belum pasti lagi sama ada kita dapat mengecapi Ramadhan yang akan datang.. Wallau'alam..



"YA ALLAH, BERILAH KESEMPATAN KEPADA KAMI UNTUK BERADA DALAM BULAN MULIA INI. YA ALLAH, BERILAH KEPADA KAMI SEGALA KEBERKATAN DALAM BULAN YANG MULIA INI, YA ALLAH, TAMBAHI AMALAN KAMI, PERMUDAH KAMI UNTUK BERAMAL. YA, ALLAH BAIKI AKHLAK DAN SIKAP KAMI AGAR TERHIAS PADA DIRI KAMI AKHLAK ISLAM.

YA ALLAH, TERIMALAH AMALAN KAMI YANG KERDIL DAN BERGELUMANG DENGAN DOSA INI. AMPUNILAH KAMI SEBAGAIMANA ENGKAU MENGAMPUNKAN UMAT YANG TERDAHULU. SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT BERGEMBIRA DENGAN BULAN RAMADHAN INI. KAMI SEDAR SABDA RASULMU BAHAWA...MEREKA YANG GEMBIRA MENYAMBUT RAMADHAN, ENGKAU HARAMKAN DARI API NERAKA. OLEH ITU KAMI MEMOHON SEPENUH HATI SEMOGA KAMI JUGA ENGKAU JAUHKAN DARI AZAB API NERAKA..

AMIN....

Wednesday, August 3, 2011

Tip belajar saat akhir/ last minit (2)

“ Demi masa sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran”
(Surah al-Asri: 1-3)



Perlu ingat istilah last minute disini bukan bermaksud masa tu nak mula baca, masa tu jugaklah baru nak faham, dan pada masa tu jugaklah nak menghafal..tiada gunanya..

sebulan dua sebelum peperiksaan menjelma, baca kesemua buku text dari kulit ke kulit.. pastikan setiap perkataan , statement, nota, atau noktah sekalipun yang tak difahami, salin dalam kertas..ambil masa di kuliah untuk tanya cikgu..kalau malu bertanya di dalam kelas, jumpa secara personal..pastikan tiada satu point pun yang kita tak faham..

Study last minute ni lebih kepada mengulang, menghafal dan memahami setiap point yang ada.. setelah faham, baru boleh hafal..ambil masa anda sendiri nak ulang baca beberapa kali buku text tu..

satu kaedah yang sangat menarik untuk memudahkan hafalan..gunakan MNEMONICS METHOD.. sama ada membuat singkatan perkataan dari poin point yang ada, ataupun reka ayat..

contohnya saya masih ingat lagi satu formula yang kami gunakan semasa masih di tingkatan 4..

Tera
Gigi
Memang
Kuning
Di
Sental
Minyak
Masak
Nanti
Putih

they stand 4 :

Tera
Giga
Mega
Kilo
Desi
Senti
Mili
Meter
Nano
Piko

contoh 2

Contoh Mnemonic yang paling populer adalah "MEJIKUHIBINIU" (Merah-Jingga-Kuning-Hijau-Biru-Nila-Ungu) yang digunakan untuk menghafalkan warna pelangi.

contoh 3

(Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto) My Very Easy Method: Just Set Up Nine Planets.

(Kingdom, Phylum, Class, Order, Family, Genus, Species) Kids Prefer Cheese Over Fried Green Spinach

(Red, Orange, Yellow, Green, Blue, Indigo, Violet) ROY G BIV

Darab (Multiply) dan Bahagi (Divide) sebelum kita Tambah (Add) dan Tolak (Subtract) My Dear Aunt Sally

Vitamin yang larut dalam lemak adalah mudah diingat iaitu vitamin: A, D, E, K Sementara lainnya iaitu B, C adalah larut dalam air.

(Europe, Antarctica, Asia, Africa, Australia, N.America, S.America) "Eat An Aspirin After A Naff Sandwich"

(Brackets, Multiplications, Divisions, Additions, Subtractions) " Bless My Dear Aunt Sally! "


satu lagi contoh untuk (PATHO- Precancerous Lesion)

CT Tak Suka Cakap Guna Gigi Unta
c- chronic varicose ulcers
t- tropical ulcers
t- trtiary syphilituc glossitis
s- schistosomiasis
c- caner of renal pelvis n Calculi
g- gall stones
g- gastric ulcers
u- ulcerative collitis

* they do sound funny, but trust me..da funnier it is, da easier for it to be memorized..


Buatlah untuk semua point yang anda rasakan penting..tapi pastikan anda sendiri tak keliru formula ni untuk point yang mana, formula tu pula untuk point yang mana..

Untuk written exam yang biasanya kita akan ada masa free lebih kuran 8- 12 hari.. katakan ada masa free 10 hari sebelum written exam..
saya akan gunakan waktu selama 8 hari untu belajar sendiri, khatamkan satu buku.. baki lagi 2 hari itu saya akan luangkan bersama seorang ahli bait , lebih kurang study group, tapi cuma kami berdua..

2 hari digunakan penuh dengan dia, hanya untuk menghafal, mentasmi' segala point penting dan formula yang ada.. walaupun dalam masa 8 hari tadi, saya tak sempat nak habiskan satu buku, 2 hari terakhir ni memang saya akan luangkan masa untuk menghafal..dan kalau masih ada point yang keliru, gunakan masa ni untuk berbincang..

i'Allah dengan perbincangan tadi, akan lebih ingat..


AMALAN

1. jaga ibadah fardhu, perhebatkan amalan sunat..

2. pagi2 - surah Luqman , solat sunat Dhuha
malam2 - solat sunat hajat dan taubat, Yasin

buatlah tiap2 hari..kalau mampu..

CARA BELAJAR

1) buat nota
2) buat formula (mnemonic method)
3) jawab past year Q
4) belajar sepanjang hari diselang-selikan dengan tidur..waktu tidur ni elok untuk otak organize maklumat yang kita baru baca tadi, contohnya belajar satu bab dalam patho..katakanlah bab tumor..bila dah habis, ambil masa untuk tidur at least 15-30 minutes.. jangan lupa pasang alarm, nnti terlajak pulak.. tapi katakanlah mata tak boleh lelap, bangun dari tempat belajar tu, buatlah air ke, ambil whudu', ziarah jiran di bilik sebelah, ataupun nak main game ke..tapi jangan lama sangat, kalah pulak waktu belajar nanti..
5) wujudkan satu suasana yang kondusif untuk anda belajar..pencahayaan, pengudaraan, kekemasan..
6) Ajarkan kepada orang lain
-Cari peluang untuk ajar orang lain
-Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan
-Bersoal jawab dengan rakan

BERKORBAN

1) kalau dulu banyak tidur, kurangkan tidur..
2) kalau dulu banyak makan, kurangkan makan..
3) kalau dulu asyik layan fb, krangkan ..
4) kalau dulu asyik update blog, krangkan ..
5) yang penting, letak laptop jauh2..letak dalam almari ke, bwah katil ke..huhu


INSPIRING WORDS

tampallah seberapa banyak kata-kata semnagat kat dalam bilik..penuh satu bilik pun takpe..itu memang memberi kesan yang mendalam..
kata2 yang saya paling suka "TO BE GREATER THAN GREAT, SACRIFIES HAVE TO BE MADE"


Satu kata2 yang cukup membuatkan saya berusaha untuk mumtaz ..kata2 yang saya akan lihat setiap kali hendak tidur dan setiap kali bangun tidur.." Saya Nurul Ain Binti Abdul Rahim, berjanji pada Allah, mak, ayah dan diri sendiri, untuk mumtaz tahun ini "

KAWAL EMOSI

biasalah bila musim imtihan ni, fikiran bercelaru..semua orang rasa nak dimarah je..jadi, jalan yang terbaik, DIAM.. diam adalah lebih baik dari berkata-kata... kalau celaru sangat, ambil wudhu'..mengaji,perbanyakkan solat sunat..

HARI EXAM

call mak, ayah........
mohon ampun, minta doakan..

pagi2 waktu sarapan, ulang balik segala formula dan ingatkan..
masa berjalan ke dewan, bukak nota dan selak apa yang patut..

dah duduk kat kerusi, doa banyak.. nak jawab pun baca doa..

satu benda penting... JANGAN TINGGALKAN SOALAN TIDAK BERJAWAB.. kalau memang tak tahu apa, atau tak ingat langsung.. maka cubalah untuk merapu, Tawakal jangan dilupa.. letaklah apa sahaja jawapan yang terlintas di fikiran anda.. :)

katakanlah masa peperiksaan, 3 jam..tapi, kita dah siap 2 jam awal (owh siapa yang sungguh genius ini), jagngan sesekali tinggalkan dewan..ambik masa yang ada, untuk cek semua isi jawapan dan cuba refresh balik, kot kot ada yang tertinggal..

All da best dear!!

Tip belajar saat akhir/ last minit (1)


1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk

2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.

3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.

4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.

5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.

6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.

7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.

8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.

Teknik Belajar Nur Amalina

Mengingati Pelajaran

"Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran. Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji."

Bagaimana Menguasai Kesemua 17 Mata Pelajaran?

"Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan."

Tip Mengingati Formula & Fakta

1. Buat nota ringkas
2. Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mempelajari tajuk bar
3. Wujudkan kata kunci.
4. Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa.
5. Banyak latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati.
6. Ulangkaji di rumah secara berterusan

Tip Menguat Ingatan

1. Tumpu perhatian penuh di dalam kelas.
2. Berfikiran positif.
3. Fikir perkara berfaedah sahaja.
4. Elak berfikir perkara yang memesongkan dan merosakkan minda.
5. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera.
6. Jangan minum minuman bergas.

Menghafal atau Memahami

"Ramai orang yang silap anggap. Saya tidak pernah menghafal mata pelajaran membabi buta. Waktu mengulangkaji saya fahamkan sesuatu konsep itu terlebih dahulu. Faham lebih penting. "Saya memahami konsep dan idea sesuatu topik itu. Apabila telah faham mudahlah untuk ingat. Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu."

Langkah Mengulangkaji

1. Saya menyemak sekali lalu bab yang saya hendak ulangkaji.
2. Saya membaca tajuk besar terlebih dahulu.
3. Kemudian saya membaca tajuk-tajuk kecil
4. Lepas itu saya meneliti dan cuba memahami gambar, gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera di dalam bab tersebut.
5. Apabila telah mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk itu barulah saya meneliti isinya secara detail
6. Saya tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku teks atau saya buat peta minda dalam buku nota khas.
7. Saya cari atau saya reka sendiri kata kunci.
8. Pada masa yang sama saya mengingat.
9. Saya mencipta kaedah saya sendiri untuk mengingati sesuatu yang sukar dan kompleks.
10. Ulangkaji awal, jangan tunggu hingga saat terakhir sebelum peperiksaan.

Kaedah Memahami

1. Fahami sesuatu konsep itu secara menyeluruh terlebih dahulu.
2. Setelah faham barulah mudah mengingat data dan menghafal.
3. Menghafal membuta tuli belum tentu dapat atau faham.
4. Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda.
5. Minda kita hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang dipelajari.

Study Hard atau Study Smart?

Study hard ialah menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study smart pula ialah memahami sesuatu topik dengan pantas dan selebihnya menggunakan minda untuk memberi hujah dan penjelasan. Study hard dan study smart sama penting. Kalau boleh kita hendaklah study hard dan study smart! 'Dan' bukan 'atau'.Jangan belajar last minute. Belajar last minute akan menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain. Kalau anda belajar dan mengulangkaji awal, anda mempunyai masa yang panjang dan selesa untuk study smart. Bagaimanapun korbankan banyak masa jika anda mahu cemerlang. Minta bantuan guru apa-apa yang tidak difahami.

Tetapkan Teknik Belajar

"Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan. Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan di dalam peperiksaan dengan senang dan mendapat keputusan yang cemerlang

Peranan Soalan Ramalan dan Soalan Tahun-tahun Lepas

" Soalan Ramalan selalunya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern dan kekerapan sesuatu topik itu keluar. Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting. Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat. Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya.""Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar. Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan. Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya soalan ramalan."

Pentingnya STUDY GROUP

" Di sekolah, saya ada study group sendiri. Kami semuanya gigih belajar, mengulangkaji dan berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang di dalam kelas. Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin, di taman atau di pusat sumber." Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat dan perbincangan yang mantap. Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam. Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik." Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami. Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain." Suatu perkara yang kami sentiada pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan dan tidak terlalu banyak bermain dan ketawa. Ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak dicapai di dalam jangka masa yang ditetapkan."

Peranan Nota

1. Paling banyak membantu pembelajaran, jadi beri keutamaan.
2. Mengelakkan membaca buku teks yang tebal.Mengukuh kefahaman.
3. Pembelajaran yang cepat dan tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja.
4. Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan.Mudah menghubungkaitkan sesuatu topik atau peristiwa dengan yang lain.
5. Ketika menyediakan nota, bina kata kunci dan hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain.
6. Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei atau menjawab soalan peperiksaan.

Peranan Peta Minda

" Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan. Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan pada anda supaya berkesan. Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar atau mengulangkaji untuk memahami urutan, proses dan peristiwa."" Membina peta minda akan mengelakkan anda dari mengantuk. Gunakan warna atau dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian ketika belajar. Ini akan merangsang otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat."" Ketika mengulangkaji pula, peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas, padat dan mengikut turutan atau aliran. Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan."

.....Brain Box nextwork

Tuesday, August 2, 2011

What you see is what you get



Manusia itu pelbagai, punya citarasa yang pebagai, punya prinsip yang pelbagai, malah punya laras pandang yang pelbagai. Melihat perkataan yang tertulis diatas pastinya setiap orang mempunyai laras pandang yang berbeza. Mungkin sesetengah memandang kepada 'FALL' sedang ada juga sesetengahnya memandang kepada 'ATTACK', ada juga yang memandang secara sinis, secara penuh empati, secara humor malah ada juga yang memandang secara kritis-kritikal; yang memandang secara keseluruhan, yakni dari segi tersurat dan tersiratnya.

What you see is what you get....

Begitulah juga rencamnya hidup ini, segalanya di tafsir dengan laras pandang yang berbeza-beza. Dan, jangan lupa, cara pandang kita itulah yang akhirnya memandu hati kita dalam bereaksi dan bertindak. Cara pandang itulah juga yang mengadun emosi dan rasa kita

Hujan. Kamu nampak 'basah' atau kamu nampak 'indah'?

Matahari. Kamu nampak 'panas' atau kamu nampak 'terang'?

Masalah. Kamu nampak 'gangguan' atau kamu nampak 'cabaran'?

Ujian. Kamu nampak 'sakit' atau kamu nampak 'manis'?

Dugaan. Kamu nampak 'masalah' atau 'peluang'?

Apa-apa yang baik mendatangi kita, kamu nampak 'ganjaran' atau kamu nampak 'ujian'?

Apa-apa yang buruk mendatangi kita, kamu nampak 'bebanan' atau kamu nampak 'batu loncatan'?

Dan begitulah, akhirnya bagaimana laras pandang mempengaruhi hati dan pemikiran kita, dan seterusnya pemikiran pula mempengaruhi tubuh badan kita. Makanya, laras pandang positif akan menghasil kan mental dan fizikal yang positif, dan laras pandang negatif akan menghasilkan yang sebaliknya.

What you see is what you get....

Orang barat bilang sebagai LAW OF ATTRACTION. Sedang, bagi saya, ini konsep akidah dan tauhid. Di mana akidah mendidik kita untuk yakin sepenuh yakin dengan Allah, bahawasanya Allah itu begitu penuh dengan ketertinggian dzat-dzatNYA, asma ul husnaNYA, dan atas keyakinan itulah, akhirnya kita memandang segala yang datang dariNYA adalah indah-indah belaka, baik-baik [positif] semuanya. Dan akhirnya, sudut pandang yang positif ini akan menarik perkara-perkara yang positif juga datang kepada kita.

"Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu didalam hatinya maka Aku mengingati dia didalam hatiKU, dan jika dian mengingatiKu dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari". {Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain}


Kita fikir A, maka kita akan dapat A........dan sebaliknya. Dan hadith ini sebenarnya menerangkan perihal LAW OF ATTRACTION, jauh lebih awal dari penemuan barat..

Untuk gambar itu, saya suka memandangnya sebagai keseluruhan Ya, memang seseorang JATUH, tetapi dia jatuh itu kerana dia KUAT... sebab dia cukup kuat la Allah mengizinkan dia di uji,,Kan Allah tak kan bebani kita dengan sesuatu yang kita tak mampu dan yang kita tak kuat untuk hadapinya? Jadi, dia cukup KUAT untuk menghadapinya, dengan syarat, dia harus benar2 meletakkan sepenuh kebergantungan kepada DIA yang MAHA kuasa. Harus ingat, Kuatnya kita sebenarnya atas iradat dan izinNYA jua, maka teruslah menyempurnakan kehambaan, merayu dan mem0hon dariNYA. Kerna kita KUAT kerana DIA :)

What you see is what you get....

Yup, this wouldnt be easy, but trust me, it would be worth it, sampai satu masa kita akan terasa manisnya walau hati di tikam sedalam mana pun, rasa indah yang tiada tandingnya,, percayalah!

What you see is what you get....okies, let sing t0gether by hijjaz!


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Allah Selalu Ada....



Each moment
contains a hundred messages from God:
To every cry of “Oh God”
He answers a hundred times, “I am here.”

p/s:
1) Dia SELALU ada.
Hujan, guruh, taufan, ribut, gempa, gempita, in all upside down, He is There. Selalu ada.
2) Pejam mata, tarik nafas, kosongkan minda, lafaz "Allah Ya Allah @Allahuakbar" beberapa kali. Ada getar tak dalam hati? Ada airan tak di tubir mata? Ada nyaman tak dalam jiwa? Terus ulang dan lafaz sepenuh rasa, sehingga hati kita jinak dan tunduk.
3) Jum perbanyakkan istighfar! Target dengan sedikit. Sekurang-kurangnya 70 kali sehari.
4) Dah baca dan tadabbur Quran tak hari ini?



Why did you keep your burden inside,
when you got Allah to tell to?

Why did you fear everyone will hate you,
when you have Allah who really understands you?

Why did you fill your heart with pain and anguish,
when you have Allah to fill it with eternal bliss?

Open your heart. Let Allah wash away all the pain of yesterday,
Embrace the greatest love which only Allah can give you.