Assalamualaikum wbt,
kembali sekali lagi setelah sekian lama menyepi. Maaf kerana saya disibukkan dengan pelbagai tugas atas jalan mujahadah ini. Namun Alhamdulillah kerana saya masih lagi diizinkan dengan kekuatan untuk bersama-sama sekali lagi.
Baru-baru ini saya baru sahaja selesai menjalankan satu Kem Tahfiz Al Quran dan Kem Qiamullail dan Alhamdulillah kerana ianya berjaya mewujudkan watak bagi para remaja yang menyertainya pada kali ini. Mereka merasai manisnya Iman dan ibadah itu. seronok bertunang dengan Al Quran dan bercinta dengan Tasbih, serta berkahwin dengan solat. Semuanya milik Allah, Allah jua yang mampu melakukan segalanya, saya cuma penyebab kepada perkara yang berlaku.
Baiklah kali ini ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian mengenai 80 sebab Manusia masuk ke dalam Neraka Allah.
Sebaik-baik tempat kembalinya Manusia adalah Syurga. Manakala Seburuk-buruk tempat kembalinya Manusia adalah Neraka. Kedua-duanya merupakan teratak kediaman manusia yang kekal abadi. Dalam menyusuri arus kehidupan yang penuh dengan rintangan dan onak duri, manusia sering alpa dan terkesima dengan panorama indahnya Syurga Dunia dan akhirnya terjerumus lalu terperangkap dalam pujuk rayu syaitan yang menjurus pada kerosakan dan kebinasaan.
Setiap perlakuan dan amalan kita sentiasa dihitung dan dinilai. lantaran itu, ada diantara perbuatan-perbuatan tersebut yang mampu menjerumuskan kita ke dalam Neraka. Setiap langkah yang dihayun, setiap pandangan yang terpaku, dan setiap anggota yang berperanan, harus sentiasa diawasi pergerakannya. Adakah ia menuju ke jalan bahagia atau sedang mara ke jalan durjana.
Semoga kita semua dilindungi serta berazam untuk terus meniti arus kehidupan dengan mengamalkan Ajaran Agama yang suci menlengkapi diri dengan amalan ahli sunnah wal jamaah dan berjanji tidak akan tersesat hingga tergolong menjadi ahli Neraka. Ya Allah bantulah kami hambaMu yang sangat lemah ini.......

Manusia yang melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan
Allah swt telah berfirman :
" Maka sekiranya kamu berkuasa, adakah kamuakan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? mereka itulah orang -orang yang dikutuk oleh Allah swt dan ditulikanNya telinga mereka dan dibutakanNya penglihatan mereka."
(Surah Muhammad:22 - 23)
Antara sebesar-besar jalan berlakunya kerosakan di bumi secara terang-terangan ialah dengan melakukan dosa-dosa besar dan segala kekejian tanpa malu-malu terhadap Allah swt.
Firman Allah :
" Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) kekejian itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka seksaan yang pedih di dunia dan akhirat, dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidaklah mengetahui. "
(surah An-Nuur:19)
-bersambung-